GejaLa soSiaL di kaLangAn reMaja

May 8, 2011

…….harusNya meMupuk minaT mEmbAca…….

Filed under: Uncategorized — anymiehanzz @ 8:26 am

conToh-conToh gejaLa soSiaL di kaLangan reMaja

Filed under: Uncategorized — anymiehanzz @ 8:07 am

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      

-maSaLah soSiaL yAng sEmakin meRuncing-

Filed under: Uncategorized — anymiehanzz @ 6:19 am
Pengenalan

Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.
Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895 kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini.
Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras, pendidikan sivik, pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya; masih jauh untuk dapat menangani kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia ada.

R A K A N M U D A

Filed under: Uncategorized — anymiehanzz @ 4:56 am

VISI

Merencana program-program yang berfaedah untuk golongan-golongan belia agar dapat memenuhi masa yang terluang dan seterusnya membasmi gejala-gejala sosial yang tidak bermaruah itu.

MISI

Melatih dan mendidik golongan belia dalam bidang pengurusan, kepimpinan, komunikasi, perancangan, motivasi dan rekreasi.

Mengubah paradigma, sikap dan pemikiran golongan belia agar menjadi lebih dinamik, proaktif, kreatif dan inovatif dalam menangani persoalan masalah dalam kehidupan harian mereka.

OBJEKTIF

Membentuk sahsiah diri dan semangat kesukarelaan yang tinggi dikalangan golongan belia.

Menyemai semangat patriotik dan budaya kerja dan pembelajaran cemerlang yang menyumbang ke arah pemantapan individu, agama, keluarga, organisasi, masyarakat dan negara.

SASARAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 14 – 25 tahun
  • Golongan remaja sekitar daerah Johor Bahru
  • Lepasan SPM / Pelajar / Masyarakat Setempat


The Silver is the New Black Theme. Blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.